Profil Murabbi


"Normal teacher TEACHED...Good teacher EXPLAINED...Best teacher INSPIRED"

 Ya....bermula nya ayat di atas menyebabkan aku mula terpesona...mula jatuh Chenta dengan penyampaian beliau.Betullah....tidak kenal...maka kita Taaruf. Ehem!


#FLASHBACK#

[8 Mac 2013]

 Mungkin aku bukanlah yang paling mengenali beliau...cuma...amat berbangga kerana berpeluang berjumpa empat mata dengan beliau.(Angkat tangan dan laung...SAYA!!!!)....

 Pertemuan pertama adalah di Muntalaq (RI di sekitar Serdang)....hanya sempat bersalam dan sedikit muayashah..Masih teringat kisah "air tin" yang sangat melucukan. Hehe....almaklumla....kami memang tidak berapa tahu akan perkembangan air tin di Malaysia.Air tin "Mountain Dew" yang kami simpan beberapa hari masih ada di dalam beg di keluarkan.Dapat pun free gift masa makan tengah hari di Mid Valley...tak tau la pulak...air ni "hot item" masa tu.


Maka terjadi lah edegan "Eh! mana dapat air ni?"..."Air baru ni..sedap x?"....Dalam Hati ku "Errr....air ni dah 2 hari ok dalam beg...xde orang pun nak minum."....Air habis macam goreng pisang.huhu....


Ya Allah,

Saya(Tin) telah menjadi saksi.


 Lepas itu...kami bergerak ke gelanggang futsal meninggalkan Akh Iman di rumah....malam itu tidak sempat untuk berkenalan panjang....kerana Akh telah tidur.(memang comel....hihi).....Sempat berbual sedikit selepas subuh kerana mereka membawa kami sarapan ROTI CANAI sebelum masing2 bergerak ke tempat(medan dakwah) yang tersendiri. Aku kagum dengan Biah di sini.



#TamatDiSiniTaaruf#



 Kali ke-2 bersua muka....Ya...beliau sebagai penyampai... dan aku sebagai pendegar...Sungguh berbeza...dari SuperMan di rumah...menjadi SuperSaiyya ke lima bila menyampai.Heh!

"Normal teacher TEACHED...Good teacher EXPLAINED...Best teacher INSPIRED"
 Ya....bermula nya ayat di atas menyebabkan aku mula terpesona...mula jatuh Chenta dengan penyampaian beliau.Ehem!...Sebelum2 tu? biasa la...."kau cakap...aku dengar...kau cakap...aku dengar...kau tanye....Eh? Apa kau cakap tadi?!"


.....Nota Terakhir.....


[10 Mac 2013]

1.Unsur Tarbiyyah.   

   -Murabbi
   -Mutarabbi
   -Manhaj
   -Biah  

 Ok...itu biasa....tanya pakcik google pun boleh...Lalu ditanya kepada kami.Apakah unsur yang paling penting??? ya...anda silap kalau anda jawab Murabbi. Eh?? eh?? eH?? Eh?? Betol la...xkan silap!

Nah!!!....

Jika Biah itu tidak penting masakan Omar diasingkan dari kaum nya.[Omar The series epsd 1   minit ke 18-21]...
"In the open here, life gives you clarity of thought." 
"Sharper eyesight, purer feelings and unhindered nature."
"Like Camel: they need proper management."
"You will soon be able to identify them(Camel) as individuals; each having its temper,manners, needs and abilities. Each joins its herd, but no two camels identical. yes...just like human being...If people stick together, each will have his own personality and intellect. They will persue their individual ways, interests and what is determined for them. Being together is the means of maintaining their individuality and their differences bring them together.None can totally replace another."
-Omar Al-Khattab- 


Jika Biah itu tidak penting...masakan Rasulullah mengasingkan diri ke gua Hira seorang diri???


  •   Ketika Rasulullah S.A.W. berumur 40 tahun, terbit dalam jiwanya perasaan suka beruzlah(memencilkan diri) pada suatu tempoh tertentu.
  • Allah menjadikan beliau suka bersendirian di gua Hira’ yang terletak d8i barat laut Mekah
  • Baginda beribadah berhari-hari, kadang-kadang 10hari, kadang-kadang lebih, sehingga mencapai sebulan lamanya.
  • Kemudian beliau pulang, Baginda tidak tinggal lama di rumah dan dia mempersiapkan keperluan baru untuk menyambung khalwatnya
  •  Begitulah sehingga turun wahyu kepadanya, ketika Baginda sedang berada dalam khalwatnya itu.

Kami terdiam, hilang hujah....Ya...Biah Sangat penting....[garu kepala pening]....Lalu akh Iman menerangkan secara keseluruhan.

Ya....Biah itu penting...[rujuk nota di atas]....

Ya....Manhaj itu penting...Jika tidak...masakan Allah menurunkan Al-Quran.(Sambil menunjukkan tafsir yang dipegang )
"This is the Book; in it is guidance sure, without doubt, to those who fear Allah"
(Al-Baqarah : 2) 
Ya...Mutarabbi itu penting...Jika tiada Mutarabbi...Siapakah yang akan kita tarbiahkan? Kamu ada manual book, kamu ada bilik baiki kereta, TAPI kamu tiada kereta untuk dibaiki. Pelik bukan? Nak tarbiah Angin? Silakan.....

Ya...Murabbi itu penting...Jika tiada Murabbi...Apa guna kamu ada manual, bengkel kereta, kereta rosak [Cough2!]....TAPI kamu tiada orang yang pandai membaiki kereta???? Ya....Elemen yang TERpenting adalah Murabbi....Haaaa...kan dah betol teke mula2 tadi...Ape la!!!!

"Betol....Murabbi adalah yang terpenting...tapi....ana ingin menyampaikan bahawa...elemen lain juga penting...dan saling melengkapi."None can totally replace another."[OTS:RujukAtas]...Alahai....."

-IMAN-

2.Profil Murabbi
  -Walid.
  -Sheikh.
  -Ustaz.
  -Qaid.
  -Sahabat.[tambahan?]


 [Gambar Hiasan]

Sebelum ke isi utama iaitu Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada murabbi, maka lebih elok kita mengenali dulu....dengan lebih mendalam tentang objek yang kita hendak tarbiyyahkan. Masakan kita hendak membaiki kereta jika kita tidak tahu membezakan antara TAYAR dan ENJIN bukan?

Manusia terbahagi kepada 3 bahagian.[ok...terasa macam penulis Wiki]...Aqli....Ruhhiy....Jasadi...
Pandangan mata selalu menipu  
Pandangan akal selalu tersalah 
Pandangan nafsu selalu melulu  
Pandangan hati itu yang hakiki 

Dari Hati yang baik...akan melahirkan otak yang cerdas....lantas menggerakkan tubuh yang sihat!...
Maka.....apa yang paling penting...adalah bagaimana ingin mengambil hati-hati ini? ulang suara:

 "Normal teacher TEACHED...Good teacher EXPLAINED...Best teacher INSPIRED"


Persoalannya...Bagaimanakah untuk menjadi inspirasi kepada hidup seseorang? Adakah cukup dengan berkata "Mad, jom makan!" akan menybabkan perasaan membuak2 untuk makan itu terjadi? tidak bukan?sila ambil perhatian....


Step 1. Naikkan perasaan ingin melakukan.

Step 2. Ajar bagaimana nak buat.

Step 3. Bagi rasa sendiri melakukan.



Lempang Orang



cikgu: ok...hari ini cikgu nak ajar kamu....bagaimana untuk melempang orang.

murid: x berminat la....cuba la ajar godam internet...boleh jugak kami dapat password wi-fi percuma.

cikgu: kamu pernah lempang orang? nikmatnya melempang orang ni kamu tau? nak2 bila mengalir air mata....Memerah pipi....MasyaAllah....rasa macam ringan je tangan ni sekarang.

murid: xpernah...macam mana cigku???

cikgu: meh sini tangan kamu....kamu angkat tinggi-tinggi....ready nak hayun....bila nampak orang lalu.....kamu jerit nama dia....bila dia pusing.....kamu hayun ke muka dia...ok?

Ahmad: Aduh!!!!

murid: jangan salahkan saya....hari ni saya belajar cara-cara nak lempang orang dengan cikgu saya.

cikgu: bagus! macam mana rasa lempang orang?

murid: best la cikgu.rasa macam nak buat lagi...tapi part yang x best...bile kena lempang balik.Sakit ler!!!!

cikgu: padan muka kamu! haha....


#JanganTiru#


Ya....Murabbi yang bagus adalah yang pandai mengajar mutarabbi untuk melakukan sesuatu amal.
Murabbi yang bersifat:

  -Walid.(yang pandai mewujudkan suasana harmoni di dalam bulatan gembira)
  -Sheikh.(yang membangkitkan semangat mutarabbi untuk melakukan amal)
  -Ustaz.(yang menjadi sumber rujukan)
  -Qaid.(yang memimpin anak-anak usrahnya)
  -Sahabat(yang sentiasa hadir dalam hidup mutarrabinya[cakna])

Tapi Awas....
sifat-sifat tersebut perlulah seiringan...tidak dilebihkan dalam satu aspek sahaja.Jika dilebihkan....MAKA:

  -Walid.(bila anak usrah xnak ke daurah... "xpe la...dia belum bersedia")
  -Sheikh.(anak usrah anda akan terbang ke awang-awangan terlebih semangat)
  -Ustaz.(kemungkinan akan menjadi taasub)
  -Qaid.(ok...ni termiss dengar.hilang focus)
  -Sahabat(anda akan jadi makhluk yang merimaskan orang)

3.Soalan
   -Apakah perbezaan Murabbi dan Da'e?

    MURABBI.
    -MEMAKSA orang melakukan kebaikan dan meningalkan kemunggkaran.

    DA'E
    -MENGAJAK orang melakukan kebaikan dan meningalkan kemunggkaran.


Eh? memaksa di sini bermaksud....sanggup berbuat apa sahaja untuk melihat mutarabbinya berubah....jika xberubah....cari jalan lain....jika xjalan jugak....cari jalan lain pulak....jika xmakan dek saman jugak....Bersabar lah akhi.....di syorga tempat rehat kamu. In sya Allah!!!!


Ya Allah,

Kami telah menjadi saksi.