Siapa yang paling kejam?


KEJAM! 

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang
 paling kejam. 

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya
sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar
daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh
ketakutan dan badannya menggeletar. Dia berpusing menghadap dua lelaki
dan berkata dengan bangganya,


“Akulah orang yang PALING KEJAM!” 

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu,
merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu
mati. Dan dia berkata sambil mendabik dada,

“Tidak ada siapa yang lebih KEJAM daripada aku!" 

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab: 

“AKULAH YANG PALING KEJAM. Aku cuma berdiri dan melihat 
kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku...” 

Perempuan itu adalah [Palestin/Syria/Rohingya/Mesir] saudara islam kita. 
Lelaki pertama ialah Israel. 
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat. 
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam (kita) yang hanya berdiam diri dan melihat
apa yang terjadi. 

Tahniah kepada Umat Islam!! Berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan
kita, itu sahaja yang mampu kita buat. Mahukah kita jadi sekejam lelaki
ketiga jika kita tidak kongsikan artikel ini? Siapa tahu dengan artkel ini lebih
ramai umat islam yang akan sedar dari tidur lenanya. Ayuh kita bersatu
demi islam, bantulah seboleh yang mampu.. 

Sama-samalah kita muhasabah diri.. Sejauh mana usaha kita untuk menolong
saudara-saudara Islam kita.. 

Renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan. Umat Islam 
itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..... 

Tembak doa untuk mereka! 


p/s : Hasil olahan, maka terhasillah video di bawah ini.
[credits : penulis cerita di atas]